(Abujibriel.com)—Bagi orang-orang beriman yang bergegas ke medan Jihad demi menegakkan kalimah Allah, berjaga-jaga di medan Jihad (ribath) dan gugur syahid di medan Jihad, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menganugerahkan kepada mereka pelbagai kemuliaan, ketinggian dan kebesaran. Anugerah-anugerah ini tidak dapat dicapai melalui ibadah-ibadah lain seperti sholat, puasa, zakat, haji dan lain-lain, sekalipun semuanya digabungkan.
Berikut dikemukakan beberapa kemuliaan, ketinggian dan kebesaran orang-orang beriman yang bergegas ke medan Jihad, ribath, dan syahid di medan jihad sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
1. Para Mujahid di Jalan Allah adalah sebaik-baik manusia
Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah keluar menemui para sahabat yang sedang duduk-duduk di satu majelis lalu bertanya,
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ النَّاسِ مَنْزِلاً ؟ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ! قَالَ: رَجُلٌ آخِذٌ بِرَأْسِ فَرَسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى يَمُوتَ أَوْ يُقْتَلَ. وَأُخْبِرُكُمْ بِالَّذِي يَلِيهِ ؟ قُلْنَا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ! قَالَ: رَجُلٌ مُعْتَزِلٌ فِي شِعْبٍ يُقِيمُ الصَّلاَةَ وَيُؤْتِي الزَّكَاةَ وَيَعْتَزِلُ شُرُورَ النَّاسِ. وَأُخْبِرُكُمْ بِشَرِّ النَّاسِ ؟ قُلْنَا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ! قَالَ: الَّذِي يُسْأَلُ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلاَ يُعْطِي بِهِ.
“Maukah aku khabarkan kepada kalian tentang manusia yang paling baik kedudukannya?” Para sahabat menjawab, “Pasti, wahai Rasulullah!” “(Manusia terbaik kedudukannya ialah) seorang lelaki yang memegang tali pemacu kudanya untuk Jihad di Jalan Allah ‘Azza wa Jalla sehinggalah dia terbunuh atau membunuh.” Rasulullah menyambung, “Dan maukah aku khabarkan kepada kalian yang terbaik setelahnya itu?” “Ya wahai Rasulullah!” “Seorang lelaki yang menyendiri (uzlah) di satu lembah, dia mendirikan sholat dan mengeluarkan zakat dan mengasingkan diri daripada kejahatan manusia.” Rasulullah menyambung, “Dan maukah aku khabarkan kepada kalian manusia yang paling buruk?” “Ya wahai Rasulullah!” “(Orang yang terburuk ialah) yang diminta (sedekah/pertolongan darinya) dengan menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla tetapi dia enggan memberi.” (Sahih Sunan an-Nasai)
Dalam satu ketika yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berkata yang seumpama,
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ النَّاسِ وَشَرِّ النَّاسِ ؟ إِنَّ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ رَجُلاً عَمِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَلَى ظَهْرِ فَرَسِهِ أَوْ عَلَى ظَهْرِ بَعِيرِهِ أَوْ عَلَى قَدَمِهِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمَوْتُ وَإِنَّ مِنْ شَرِّ النَّاسِ رَجُلاً فَاجِرًا يَقْرَأُ كِتَابَ اللَّهِ لاَ يَرْعَوِي إِلَى شَيْءٍ مِنْهُ.
“Maukah aku khabarkan kalian dengan sebaik-baik manusia dan seburuk-buruk manusia? Sesungguhnya daripada sebaik-baik manusia adalah seseorang lelaki yang berjihad di Jalan Allah sambil menunggang kuda atau menunggang unta atau atas kakinya sehingga datang kepadanya maut. Dan sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah seseorang lelaki yang membaca dan memahami kitab Allah (al-Qur’an) tetapi dia tidak mengendali diri daripada melakukan perbuatan keji.” (Dha‘if Sunan al-Nasai)
Kebaikan dan keutamaan seseorang pergi Jihad di Jalan Allah diulangi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits berikut,
مِنْ خَيْرِ مَعَاشِ النَّاسِ لَهُمْ رَجُلٌ مُمْسِكٌ عِنَانَ فَرَسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَطِيرُ عَلَى مَتْنِهِ. كُلَّمَا سَمِعَ هَيْعَةً أَوْ فَزْعَةً طَارَ عَلَيْهِ يَبْتَغِي الْقَتْلَ وَالْمَوْتَ مَظَانَّهُ. أَوْ رَجُلٌ فِي غُنَيْمَةٍ فِي رَأْسِ شَعَفَةٍ مِنْ هَذِهِ الشَّعَفِ أَوْ بَطْنِ وَادٍ مِنْ هَذِهِ الأَوْدِيَةِ يُقِيمُ الصَّلاَةَ وَيُؤْتِي الزَّكَاةَ وَيَعْبُدُ رَبَّهُ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْيَقِينُ لَيْسَ مِنْ النَّاسِ إِلآَّ فِي خَيْرٍ.
“Antara sebaik-baik kehidupan bagi manusia adalah seseorang lelaki yang menggenggam tali pacuan kudanya untuk Jihad di Jalan Allah, dia terbang di atas belakangnya. Setiap kali dia mendengar panggilan atau seruan (untuk berperang) dia terbang ke atas (tunggangan)nya, teringin sungguh untuk membunuh atau terbunuh dimana jua.”
Atau seseorang lelaki yang hidup bersama ternakannya di atas bukit atau di bawah lembah, dia mendirikan sholat dan mengeluarkan zakat dan senantiasa beribadah kepada Tuhannya sehingga maut menemuinya. Tidaklah dia berhubungan dengan manusia kecuali dalam hal-hal kebaikan.” (Sahih Muslim)
Yang dimaksudkan dengan seseorang yang terbang di atas kudanya adalah seseorang Mujahid yang menunggang cepat kudanya memasuki benteng musuh dan menumbangkan mereka satu persatu secara berterusan. Hal ini sebagaimana yang telah diungkapkan oleh al-Qur’an,
“Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, serta mencetuskan api dari telapak kakinya, dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.” (QS. al-‘Adiyat 100:1-5)
Kebaikan dan kemuliaan para Mujahid di jalan Allah diterangkan sekali lagi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah haditsnya yang lain,
لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.
“Tidak ada sesuatu yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala daripada dua tetesan dan dua kesan (bekas), yaitu: Tetesan air mata karena takutkan Allah Ta‘ala dan tetesan darah yang tumpah karena Jihad di jalan Allah Ta‘ala. Adapun kesan, maka kesan daripada Jihad di jalan Allah dan kesan daripada satu kewajiban daripada kewajiban-kewajiban Allah Ta‘ala.” (Diriwayatkan oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam al-Nubala, jld 8, ms 412)
Ketika Abdullah ibn Mubarak sedang ribath di Tharsus pada tahun 177 H, beliau telah mengirim surat kepada al-Fudail bin Iyadh yang berisi syair berikut yang diriwayatkan oleh al-Dzahabi dalam Siyar A’lam al-Nubala, jld 8, ms 412,
يَا عَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا لَعَلِمْتَ أَنَّكَ فِي الْعِبَادَةِ تَلْعَبُ
مَنْ كَانَ يَخْضِبُ جِيْدَهُ بِدُمُوعِهِ فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ
أَوْ كَانَ يُتْعِبُ خَيْلَهُ فِي بَاطِلٍ فَخُيُولُنَا يَوْمَ الصَّبِيحَةِ تَتْعَبُ
رِيحُ الْعَبِيرِ لَكُمْ وَنَحْنُ عَبِيرُنَا رَهَجُ السَّنَابِكَ وَالْغُبَارُ الأَطْيَبُ
وَلَقَدْ أَتَانَا مِنْ مَقَالِ نَبِيِّنَا قَوْلٌ صَحِيحٌ صَادِقٌ لاَ يُكْذَبُ
لاَ يَسْتَوِي وَغُبَارُ خَيْلِ اللهِ فِي أَنْفِ اِمْرِئٍ وَدُخَانُ نَارِ تَلْهَبُ
هَذَا كِتَابُ اللهِ يَنْطِقُ بَيْنَنَا لَيْسَ الشَّهِيدُ بِمَيَّتٍ لاَ يُكْذَبُ
Wahai orang yang beribadah di Haramain, andaikata engkau melihat kami,
Niscaya engkau akan tahu bahwa engkau hanya bersenda gurau dalam beribadah,
Jika pipi orang basah berlumuran tetesan air mata,
Maka pangkal leher kami basah berlumuran darah,
Atau penat kudanya dalam hal yang sia-sia,
Maka kuda-kuda kami penat dalam kesengitan peperangan,
Bau harum mewangi untukmu sedangkan wewangi kami,
Adalah debu yang diterbangkan kaki-kaki kuda,
Sungguh telah datang kepada kita ucapan Nabi kita,
Ucapan yang benar, tepat tanpa dusta,
Tidak sama antara debu kuda Allah pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah Kitab Allah yang bercakap diantara kita,
Tidaklah orang yang syahid mati, tidaklah ini satu dusta.
Tatkala al-Fudail bin Iyadh membaca untaian syair di atas, bercucuran air-matanya seraya berkata: “Benar Abu Abdurrahman, dia telah memberi nasihat.”
Beberapa waktu selepas itu Muhammad bin al-Fudail bin Iyadh berkata, “Aku melihat Abdullah ibn Mubarak di dalam tidurku (mimpi), maka aku bertanya kepada dia: “Apakah amalan yang engkau dapati paling afdhal?” Ibn Mubarak menjawab: “Perkara yang pernah aku lakukan.” Aku bertanya: “Adakah Ribath dan Jihad?” Ibn Mubarak menjawab: “Ya.” Aku bertanya lagi: “Apakah sesuatu yang dibuat untuk kamu?” Ibn Mubarak menjawab: “Allah ampunkan segala dosa aku selamanya.” (Kitab al-Jihad, ms 21-22)
2. Allah Mencintai, Tertawa dan Kagum kepada para Mujahid
Allah Tabaraka wa Ta‘ala berfirman,
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (QS. ash-Shaffat, 61:4)
Sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
ثَلاَثَةٌ يُحِبُّهُمْ اللهُ وَيَضْحَكُ إِلَيْهِمْ وَيَسْتَبْشِرُ بِهِمْ: الَّذِي إِذَا انْكَشَفَتْ فِئَةٌ قَاتَلَ وَرَاءَهَا بِنَفْسِهِ للهِ عَزَّ وَجَلَّ فَإِمَّا أَنْ يُقْتَلَ وَإِمَّا أَنْ يَنْصُرَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ وَيَكْفِيَهُ، فَيَقُولُ: انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا كَيْفَ صَبَرَ لِي بِنَفْسِهِ ! وَالَّذِي لَهُ آمْرَأَةٌ حَسَنَةٌ وَفِرَاشُّ لَيِّنٌ حَسَنٌ فَيَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ، فَيَقُولُ: يَذَرُ شَهْوَتَهُ وَيَذْكُرُنِي وَلَوْ شَاءَ رَقَدَ ! وَالَّذِِي إِذَا كَانَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ مَعَهُ رَكْبٌ فَسَهِرُوا ثُمَّ هَجَعُوا فَقَامَ مِنَ السَّحَرِ فِي سَرَّاءَ وَضَرَّاءَ.
“Tiga golongan manusia yang Allah mencinta mereka, tertawa kepada mereka dan merasa gembira bersama mereka,yaitu;
- Seseorang yang berperang dan ketika pasukannya mengalami kekalahan dan mundur ke belakang, dia terus maju berperang bersendirian kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Sama ada dia terbunuh atau Allah ‘Azza wa Jalla akan menolong dan mencukupkannya, lalu Allah berfirman: “Lihatlah hamba-Ku itu, betapa dia bersabar mempertahankan jiwanya semata-mata untuk-Ku.”
- Seseorang yang mempunyai isteri cantik dan kasur yang empuk lalu dia bangun pada sebahagian malam untuk berqiyamulail, lalu Allah berfirman: “Orang itu meninggalkan nafsunya semata-mata untuk mengingati-Ku padahal jika dia suka dia boleh meneruskan tidurnya.”
- Seseorang yang bermusafir dengan orang banyak dan berkendaraan, ketika malam mereka berjaga kemudian tidur semuanya. Lalu dia bangun untuk bersahur dan bersholat malam, baik dalam suasana susah atau senang.” (Al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib – no: 924 (Kitab al-Nawafil, bab anjuran bangun malam) dan beliau berkata: sanadnya hasan)
Telah datang seseorang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya,
أَيُّ الشُّهَدَاءِ أَفْضَلُ ؟ قال: الَّذِينَ يُلْقَوْانَ فِي الصَّفِّ فَلاَ يَقْلِبُونَ وُجُوهَهُمْ حَتَّى يُقْتَلُوا أَولَئِكَ يَتَلَبَّطُونَ فِي الْغُرَفِ الْعُلْيَا مِنَ الْجَنَّةِ وَيَضْحُكَ إِلَيْهِمْ رَبُّكَ وَإِذَا ضَحِكَ فِي مَوْطِنٍ فَلاَ حِسَابَ عَلَيْهِ.
“Apakah syahid yang paling utama?” Rasulullah menjawab: “Orang-orang yang berada di baris yang terdepan tanpa dia menoleh wajahnya kepada orang yang di belakangnya sehinggalah dia terbunuh. Mereka akan beristirahat di bilik-bilik syurga yang tinggi (derajatnya) dan Tuhan – Allah – tertawa kepada mereka. Dan apabila (Allah) tertawa di dunia maka tiada hisab baginya (di hari akhirat nanti).” (Majma’ al-Zawa‘id – 9513 dan beliau berkata: Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, al-Thabarani dalam (al-Mu’jam) al-Kabir dan (al-Mu’jam) al-Ausath dan para perawi Ahmad dan Abu Ya’la adalah thiqah)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda,
عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ رَجُلٍ غَزَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَانْهَزَمَ يَعْنِي أَصْحَابَهُ فَعَلِمَ مَا عَلَيْهِ فَرَجَعَ حَتَّى أُهَرِيقَ دَمُهُ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى لِمَلاَئِكَتِهِ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي رَجَعَ رَغْبَةً فِيمَا عِنْدِي وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدِي حَتَّى أُهَرِيقَ دَمُهُ.
“Allah, Tuhan ‘Azza wa Jalla kagum terhadap seseorang lelaki yang yang berperang di jalan Allah lalu diserang hingga mundur, yakni para sahabatnya, namun dia mengetahui apa yang menjadi kewajibannya lalu dia kembali berperang sehingga tertumpah darahnya. Maka Allah Ta‘ala berfirman kepada para malaikat-Nya: “Lihatlah hamba-Ku, dia kembali berperang kerana mencintai apa yang ada di sisi-Ku dan menginginkan sesuatu dari sisi-Ku hingga tertumpah darahnya.” (Shahih Sunan Abu Daud – no: 2536 (Kitab Al-Jihad, bab Seseorang yang mengorbankan diri)
Mencintai, tertawa dan kagum adalah tiga daripada sifat-sifat Allah yang Maha Agung. Tiga sifat ini dikhabarkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla kepada beberapa kategori para hamba-Nya yang khas, yaitu para Mujahid yang berani lagi ikhlas.
Mengikuti akidah generasi al-Salaf al-Salih, apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengkhabarkan sifat-sifat-Nya melalui al-Qur’an dan as-Sunnah, hendaklah ia diimani sepenuhnya, difahami maknanya sekadar yang lazim dari bahasa, dan tidak dipersoalkan bagaimana ciri-ciri, bentuk dan tata-cara sifat tersebut. Ini adalah karena Allah Ta‘ala mengkhabarkan sifat-sifat tersebut adalah untuk diinsafi tujuannya dan bukan dibahas bagaimana ciri-ciri, bentuk dan tata-caranya.
Apa yang penting sifat-sifat tersebut hanya tertentu bagi Allah tanpa diserupai oleh mana-mana makhluk-Nya dalam apapun juga. Firman Allah,
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha mendengar lagi Maha melihat.” (QS. asy-Syura’, 42:11)
Juga firman-Nya,
“Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (QS. al-Ikhlas, 112:4)
Insyaa Allah poin-poin berikutnya mengenai beberapa kemuliaan, ketinggian dan kebesaran orang-orang beriman yang bergegas ke medan Jihad, ribath, dan syahid didalamnya akan dilanjutkan pada kesempatan berikutnya.
(oleh Ustadz Abu Muhammad Jibriel Abdul Rahman)